Sunday, 5 August 2012


salam takziah untuk keluarga mak ani nama penuh rohani bt salmiah telah pulang ke rahmatullah pada 5 ogos 2012 bersamaan 16 ramadhan 1433H disebabkan kemalangan yang melibatkan mak ani dan keluarga di jalan seremban-kuala pilah atau bukit putus.

jenazah mak ani selamat di sembahyangkan di surau temiang jam 11.00 pagi dan disembahyangkan buat kali kedua ditempat mak ani bertugas sekolah sri seremban jam 11.30 pagi diimamkan oleh ust abd rahman dan dimakmumkan oleh pelajar-pelajar sekolah sri seremban.

jenazah mak ani di kebumikan di tanah perkuburan makam haji said dan selesai dengan tahlil dan talqin jam 1.00 ptg.

mudah-mudahan ruh mak ani bersama dengan ruh org yang soleh dengan berkat jasa beliau untuk pelajar agama yang ikhlas kerana Allah,Allah ampunkan segala dosa beliau dibulan yang penuh keberkatan ini.
mak ani,jasamu di kenang...al-fatihah.


  • PDF
5 Ogos 2012, SEREMBAN - Seorang wanita maut manakala lapan lagi cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 14.3 Jalan Seremban-Kuala Pilah di Bukit Putus hari ini.

Jurucakap polis berkata mangsa, Rohani Saidin, 52, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

"Kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu kereta jenis Proton Saga, Proton Waja serta Honda CRV dan mangsa yang maut adalah penumpang kereta Proton Waja yang dinaiki bersama empat anggota keluarganya yang lain.

"Selain itu, semua mangsa yang cedera iaitu pemandu kereta Honda CRV, empat penumpang Proton Waja dan tiga sekeluarga yang menaiki Proton Saga dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk rawatan," katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Turus Trafik negeri ASP Abd Halil Hamzah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata punca kemalangan masih disiasat.

Seorang saksi, Syed Azril Syed Zamri, 33, berkata ketika kejadian, beliau dan isteri serta seorang anaknya sedang melalui jalan itu dari arah Kuala Pilah menuju Seremban.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba saya nampak sebuah kereta jenis Honda CRV dari arah bertentangan terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Waja di hadapan saya.

"Saya terkejut apabila mendengar bunyi letupan yang kuat sebelum kereta Proton Waja itu dirempuh kereta Proton Saga pula dari arah belakang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Syed Azril berkata beliau bernasib baik kerana sempat memberhentikan kenderaan dan mengelak daripada bertembung dengan kenderaan di depannya.

"Apabila keluar dari kenderaan, saya melihat seorang lelaki yang tersepit di tempat pemandu kereta Proton Waja, merayu meminta tolong manakala penumpang yang lain sedang mengerang kesakitan.

"Saya juga melihat seorang wanita berlumuran darah berada di bawah tempat duduk belakang, dihimpit seorang lagi wanita, dan seorang kanak-kanak berusia setahun yang sedang menangis," katanya yang kemudian menghubungi polis. - Bernama
Sumber daripada : www.sinarharian.com.my/semasa/seorang-maut-8-cedera-dalam-nahas-bukit-putus-1.73781

*********************************************************************************************************************
Berita tersebut adalah mengenai kemalangan yang telah berlaku semalam (5 Ogos) yang melibatkan tukang masak kantin Sekolah SRI Seremban yang lebih mesra dipanggil dengan gelaran Mak Ani (Rohani bt Saidin) oleh warga SRI dan anak-anak SRI.
Beliau telah menyumbangkan khidmat bakti dengan menyediakan makan minum buat seluruh warga SRI selama 4 tahun perkhidmatannya.
Al Fatihah buat arwah, semoga arwahnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.
Doakan juga keselamatan ahli-ahli keluarganya iaitu suaminya, 2 orang anaknya dan seorang cucunya yang masih dirawat di Hospital Besar, Seremban.

No comments:

Post a Comment